Thursday, 17 July 2014

SENARAI SEMAK IBADAH WANITA ''UZUR'' PADA BULAN RAMADHAN :')

Bismillahirramanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


*Tarik nafas, hembuss! tarik lagi, hembuss! dan lagi*hehe

Assalamu'alaikum  sahabat! Alhamdulillah, selesai teraweh malam ni. Bersyukur masih lagi dipanjangkan umur. Sebab tu intro dah suruh tarik nafas. Hehe:* tu tandanya masih bpeluang nak rasa oksigen Allah punya !
Hemhemmm~~ blank! But by the way, masih belum telambat nak ucapkan Salam Nuzul al-Quran :) Sama-sama jadikan kalamullah sbg teman hidup. InsyaAllah. (samasama ingatkan antara kita)




Kredit

Okay! now nak share sikit pasaii kaum hawa. Maaf andai ada kaum adam yang entry blog ini. Semoga sama-sama dapat manfaatkan info ni. Simply sharing !=)

Apa yang saya penah baca, ada beberapa ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita bila dalam keadaan ''uzur''. Meh nengokkkk bawah nii. Hehe


  • Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.
  • Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah.
Ganjarannya: ''Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak''
  • Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:
--> Kejutkan ahli keluarga bangun besahur atau solat Subuh
--> Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
--> Mempersiapkan pakaian solat mereka.
--> Nasihati mereka supaya giatkan beramal.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: '' Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya.'' (Riwayat Muslim)

  • Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.
  • Berdoa dan beristighfar.
  • Mendengar bacaan al-Quran.
  • Menuntut ilmu sama ada dengar daripada TV, radio atau baca buku.
  • Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala bagi orang yang berpuasa..''

Nahhhh!! Got it?? InsyaAllah dapat diamalkan, sikitsikit takpe, janji istiqamah=}

*********************************************************************************
Senyum:)
sebab masa lapang malam ni telah dimanfaatkan dengan menyampaikan sedikit ilmu. Allahu! Alhamdulillah.
Di hari akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah tentang DUA perkara iaitu 
=) Nikmat kesihatan yang dikurniakan.
=) Untuk apa masa lapangmu.


SubhanAllah, Alhamdulillah, Walailahaillallah, AllahuAkbar
Wallahua'lam wassalam.

No comments:

Post a Comment