Friday, 4 March 2016

TEGURAN ALLAH =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .

Assalamu'alaikum :)

Qur'an Surah al-Kahf verse 44:
''In such helplessness, the human being realizes that it is God who is the true Guardian and His rewards and recompense are the best''

Alhamdulillah, harini Jumaat penghulu segala hari. So how dengan al-Kahf.?
''Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.' (HR An Nasa'i dan Baihaqi)

eh kenapa tajuk harini Allah tegur ? 
SubhanAllah, harini aku rasa sangat dilindungi Allah. Alhamdulillah sangat-sangat. terharu! walaupun banyak dosa yg hari-hari aku lakukan, tapi Allah masih sayangkan aku. Harini pagi-pagi lagi diuji. tapi, bukan saja-saja je Allah kasi ujian tu. bila fikir balik. takde yg sia-sia percaturan Allah. Dia nak mengajar something yg sangat valuable.
''Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?"(al-Rahman)

okay since pagi-pagi lagi ujian gedebuk datang, pagi tu jugak lah aku start susahkan orang. hewhew ~~ susahkan my housemates! and also my classmate. tapi, Alhamdulillah dorang sangat baik. Semoga Allah membalas setiap kebaikan kalian. 

lepastu, i went to my friend's block. pagi hari pergi bilik orang ,menyemak je asmawani ni! haha
i went there sebab nak tunggu pejabat tu bukak. belum pun office hour lagi time kena musibah ni. nampak tak sangat awal Allah uji . hehe 
tapi.. sebelum semua ni berlaku, macam-macam dah Allah tegur malam tu. tapi aku buat tktau je. Rasa menyesal pun ada .and bila fikir balik, indahnya jalan hidup aku yang Allah tetapkan. takde satu pun yg sia-sia. Terima kasih Allah :)

:)

emm ,kalau nak cerita satu satu ni panjang laa. mehla aku jadikan summary je and list kan pengajaran yg aku dapat harini.


  • Allah ajar aku untuk besabar and senyum ketika musibah.
  • Allah ajar aku untuk berterima kasih and always ucap syukur atas rezeki mahupun musibah.
  • Allah ajar aku untuk kuat dan jangan berputus asa.
  • Allah ajar aku untuk selalu mengingati-Nya.
  • Allah ajar aku untuk tidak prejudis atas kasih sayang-Nya.
  • Allah ajar aku untuk  sentiasa positif. 
  • Allah ajar aku untuk tidak berprasangka buruk.
And yang lebih penting, Allah nak hapuskan dosa-dosa aku. Alhamdulillah. Semoga setiap ujian dari Allah, kite ambik ia sebagai salah satu teguran dari Allah untuk membasuh dosa-dosa dulu.
wii~~ rasa sangat disayangi. hiks 

okee la, salam Maghrib yaa. don't forget al-Mulk after Isya':)

Assalamu'alaikum ^^



Thursday, 3 March 2016

Allah Yuftah 'Alaikum :)

Dengan nama Alah Yang MahaPemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamu'alaikum and hye again ! hehe

Terasa nak update something loo since hadek-hadek SPM and STPM already got their result. hehe
Alhamdulillah, so how ? So far, ok tak dengan pencapaian tu? Satisfied or not? but whatever it is, terima dengan redha. First thing first, ucap Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. meh kite kembalikan pujian kepada Allah by mention "hadza min fadhli rabbi.'' ''Semua ini kurniaan dari Allah.''

Senyum. Redha. Simple. :)

''Dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa berwakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.'' (at-Talaq:3)

Takpe, Spm and STPM is not everything. rezeki kite Allah yang pegang. Dia Maha Menyempurnakan. 
Allah knows the best, and He is the best planner. Still long journey and path to go through. to discover a lot of things ! :)

Buat yang takberjaya, usaha lagi yaa. don't give up !

''Be patient. Know that what has been written for you, was written by the greatest of Writers.'' -Dr Bilal Philips-


Assalamu'alaikum :D

:)


Friday, 19 February 2016

LARIAN AMAL 3.0

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani :)

Assalamu'alaikum and hye ^^


Alhamdulillah. while waiting for Maghrib lagi bape minit ni, sempat lagi lah update sikit. hehehe . 
pejam celik pejam celik, dah habis kuliah for this week.! SubhanAllah, cepat sungguh masa berjalan.. hewhew esok weekend, so selamat berweekend. eh ohyaaa, sebelum tu how was your al-Kahf for today? tkdapat baca 110 ayat, baca lah 10 awal dan 10 akhir. InshaAllah, semoga Allah terima amalan kita ^^ dan terlindung dari fitnah Dajjal. aamiin ~~

Selalu pegang kata-kata ni,
"Sebelum tidur atau selepas Isyak, lazimkan untuk membaca al-Mulk dan 10 ayat awal dan akhir al-Kahf. Semoga mampu istiqamah hingga ke akhirnya."
Selawat juga jangan lupa! Sesungguhnya orang yang banyak berselawat ke atas Baginda akan beroleh syafaat di akhirat kelak :) 

[SALAM JUMAAT]

 LARIAN AMAL 3.0 !

Alhamdulillah, sebenarnya baru balik dari meeting pasal larian amal yang akan diadakan pada bulan April. 9 minggu dari sekarang. InshaaAllah . ni pengalaman baru yang baru nak timba and belajar. hekhek syukran jazilan 'ala kulli hal.

Masa event ni nanti, anak-anak yatim yang akan terlibat. tksilap 3 buah rumah anak-anak yatim sekitar Kuantan. SubhanAllah, rasa sebak dan terkilan sebab dapat tengok anak-anak kecil yang telah kehilangan ibu bapa . Kuatnya mereka ! tkdapat bayangkan jika diri sendiri berada dalam keadaan mereka. Allah >.<

Humm, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami. dapat berkongsi kasih sayang antara kami.

''Sentiasalah kamu berkongsi hadiah(memberi) nescaya kamu akan saling mengasihi.'' [HR al-Bukhari]


Assalamu'alaikum ;]


Wednesday, 17 February 2016

USRAH :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .


Assalamu'alaikum and Hye :)

Alhamdulillah, rajin pulak update blog awal-awal sem ni. since no assignment, project and so on yet. hehe tapi.. tapi ada je yang kena study. herm satgi lah. hehehe sebab rasa sado je nak share something. kasi la chance, satgi dah tkupdate, mau setahun tinggal blog ni. bhahaha !

ohyaa, before that. let me sing a song to UMP for the birthday. actually birthday nye semalam (16/2/2016). tapi tkpela nk nyanyi jugekk ! hihi

Congratulation and celebration. i want you know the world is proud of you ~~ 
happy birthday to UMP terchenta terchantek terohsem di Asia. yang ke 14. Alhamdulillah Alhamdulillah. mabruk !

Pagi tadi pun ada amanat  dari Naib Canselor. and i involved! MasyaAllah, sangat banyak amanat dari beliau. tapi sis setuju je semua. sis angguk-angguk je tadi. semua setuju ! hahaha tidur loo T_T
hemm actually i'm still proud of them . mase NC bagi kan transkrip dekat setiap dekan fakulti, i feel like SubhanAllah. sebab most dekan fakulti dekat UMP ni dah berumur. bukan ape, sebab sangat kagum dengan mereka. setiap sorang dekan naik, mulut tersebut SubhanAllah. hahaha 
hmm bila fikir balik, life dorang dulu-dulu sangat struggle bukan. without technology yet, no Google yet, no Wikipedia yet..but they still can accomplish their mission. yela, mane taknye nak sampai tahap tinggi macam sekarang. Dato' Dr Proffesor Madya, semua dorang rembat. habis sis dapat apa je? kui3 :P
Whatever it is, tahniah untuk kejayaan yang Allah berikan. mana tahu depan-depan nu turn kite pulak. Allahumma ameen ~~

okee, back to the topic. hehe
actually, tadi ada usrah. katanya selepas isyak. then dah siap-siap and khatamkan al-Mulk and al-Kahf tiba-tiba usrah cancel. mungkin masing-masing ada hal. inshaaAllah buat hari lain.


[USRAH]

''mende la nk usrah bagai?'' ''ek eleh budak usrah ni acahcah baik je.'' ''kata ikut usrah, tapi...''

Usrah ni apa ya? maksudnya KELUARGA. and ada 3 rukun :

i. Ta'aruf (Berkenalan)
ii.Tafahum (Memahami)
iii.Takaful (Membantu)

Usrah boleh jadi baik apabila, dijadikan sebagai tempat untuk kita menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi. berkongsi pengalaman tarbiah, bercerita tentang masalah masing-masing dan berkongsi ilmu dengan niat menyampaikannya kerana Allah. Setiap ilmu yang kita dapat, dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. inshaaAllah, walau bukan semua yang mampu dipraktikkan, namun jangan ditinggalkan semuanya. ^^

Dan boleh jadi buruk apabila:

''Hipokrit la acahcah baik!''
sebenarnya takpun. hahaha. bahkan Allah sukakan orang yang melakukan kebaikan. walaupun sesuatu itu dilakukan dengan terpaksa, tapi lama-lama kita akan terbiasa. Titik-titik ikhlas tu akan timbul, and lastly orang tu jugak yang untung. Jadi kenapa nak hipokrit? Kenapa nak terus jadi jahat ? Tepuk dada tanya iman !

''Budak ni ikut usrah, tapi hari-hari judge orang. ishh!''
haa, yang ni jangan salahkan usrah. salahkan diri sendiri. sebab usrah ini keluarga. keluarga saling mengingatkan antara satu sama lain.sedangkan dia boleh bawak orang tu ke arah yang lagi baik. hmm yang lebih penting, orang yang ikut usrah tu kena tahu, kita join usrah bukan untuk mengadili orang. cukuplah Allah yang menghukum dan mengadili hamba-Nya. kena check balik iman, check balik mutabaah amal kita. Usrah boleh jadi kosong bila kita lakukan bukan kerana Allah.

  
''Sesungguhnya, tidak Aku jadikan sesuatu itu sia-sia.''


Haa~~ USRAH jugak boleh jadi KELUARGA KEDUA kita! ''eh kenapa? buat apa banyak-banyak?'' bhahaha

sebabnya, usrah ni salah satu inisiatif untuk kita tingkatkan ilmu pengetahuan, duniawi ukhrawi. Jadi untuk tambahkan ilmu pengetahuan, kita akan berkelana. mencari murabbi, naqib dan naqibah. dan akan berjauhan dengan keluarga sendiri. ''Eh kenapa? Usrah takboleh buat dekat rumah ke? dengan ibu ayah sendiri?" "Boleh aje, tapi kita tak selamanya bersama mereka." :)
sebabtu adanya naqib naqibah dan ahli2 usrah tu, kita boleh share experiences, problems with them. mereka boleh dikira sebagai adik-beradik kita . Indeed! i like :)

Bukankah di dalam al-Quran Allah menyebut agar kita berhijrah dan menikmati nikmat yang ada di setiap tempat yang dikurniakan-Nya. dan itu dikira sebagai jihad . :)

Last but not least, seronok ke tidak usrah itu bergantung kepada diri sendiri. always reset and tajdid niat. Do something for the sake of Allah :D




okee, got to go! enjoy reading. semoga bermanfaat. 
Ohyaa, nanti kalau nak join usrah kat uni or memana pun, pilih yang baik and molek-molek. Jangan terpesong! Nauzubillah .

Assalamu'alaikum :)




Nikmat Usia Muda .

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamu'alaikum and Hye :)

MasyaAllah, banyak sawang, berhabuk ! lame tk vacuum ini blog . hayya dah lupe pun ada blog sendiri. hahaha 
almost a years jugak tk update any entry. MasyaAllah, orang lain pun busy jugak. tapi agak la. spend time jugak dengan blog tersayang. tapi aku kelaut. dah bergerutu berjerawat berparut blog ni ! haha 
btw apa habaq? eipp any readers come to see mine ah? hahaha syok sendiri.
 Wallahi, syukran 'ala kulli hal. sebab ingatkan readers, iolss sado kan diri update something berguna so that hati kita terisi dengan sedikit iman. walau sedikit, tapi berguna. lama-lama jadi bukit. gittew !

Rasulullah ditanya oleh sahabat baginda, ''Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah?"
Lalu baginda menjawab, ''Amalan yang dikerjakan walaupun sedikit, tetapi berterusan.'' (ISTIQAMAH)

:)          let's proceed ! Bismillah ^^


Sebenarnya, dalam cuti sem yg agak panjang haritu, aku sempat habiskan satu buku. buku yg sangat menghidupkan dan penuh dengan kemuliaan. tentang seorang anak muda, yang kematiannya menghidupkan jiwa anak muda dan remaja ! SubhanaAllah. Sungguh beruntung beliau dan kedua ibubapanya kerana dikurniakan seorang anak yang jalannya dan impiannya hanya mengejar redha Allah.

Dialah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam.

''Saya akan tinggal di Turki dan tidak akan pulang sehingga saya menghabiskan pengajian PhD saya di sana. Saya tidak akan berkahwin selagi pengajian saya belum selesai.'' gurauan Ahmad Ahmad bersama salah seorang rakannya semasa belajar di Turki.

Benarlah! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah mengambil beliau ketika generasi muda dalam keadaan yang agak tenat. Agak jarang pemuda dan pemudi yang berlandaskan syariat Allah dan Rasul.

Astaghfirullah ! terasa diri aku kerdil. hina ! sebab aku tidak punya apa-apa. Selama hidup 21 tahun di dunia ini, apa sumbangan yang aku lakukan untuk agama, ummah, negara bahkan diri sendiri. Allahuakbar! >.<

Sedangkan beliau di ketika umurnya 21 tahun, Allah telah mengambilnya kembali. kerana takdir , bahawa gugurnya sehelai daun di Luh Mahfuz yang tertulisnya nama beliau. Namun pemergiannya indah, cukup indah. Husnul Khatimah ! Husnul Khatimah menjadi milikmu. Syahid telah engkau capai ! SubhanAllah.

Kerana semasa hayatnya, beliau sangat disenangi. amat berdisiplin, menyenangkan hati semua orang. Terutamanya kedua ibubapa beliau. Seorang anak yang taat, seorang pelajar yang tawadhuk dan gigih.


''Allah tidak akan menerima amalan-amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan. Kerana itu, mereka yang benar-benar beriman kepada-Nya melakukan amalan menurut apa yang diredhai-Nya. Mereka tahu bahawa amalan yang dilakukan walaupu sebesar zarah yang dilakukan kerana Allah adalah lebih diutamakan berbanding dengan ribuan amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan.'' (IKHLAS)



HIDUP BERPAKSIKAN AKHIRAT !

Ibu bapa Allahyarham mengatur dengan baik perjalanan hidupnya. Walaupun semasa pengajiannya di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan Sains dan langsung tiada kene mengena dengan Sastera dan Sejarah. Namun, beliau turuti sahaja pilihan kedua ibubanya. iaitu menyambung pengajian dalam bidang sejarah. Yaa, Sejarah Turki. Negara yang penting untuk Dunia Islam kerana ia berada di antara dua benua. 
Ahmah Ammar turuti sahaja, kerana beliau adalah untuk ummat, bukan untuk diri sendiri. Beliau dilatih dan dididik bersifat ummatik. SunhanAllah, tidak mustahil syahid milikmu. :)


''Ammar memilih untuk berjuang dan berpenat di dunia, dan berehat di akhirat.'' 



al-Fatihah.



Alhamdulillah, 'ala kulli hal. sampai sini dulu perkongsian . semoga beroleh manfaat, dan semoga kita juga beroleh Husnul Khatimah. aamiin~~

eh tidur dulu lah. udah malam. hihi esok sebenanye ada amanat NC kat UMP Gambang. tp iolss tktidur lagi. esok main sengguk-sengguk la ni. setuju je dengan amanat beliau. hihi 

asifah jiddan 'alla kulli hal. lailan saed ^^


assalamu'alaikum :)

Friday, 27 February 2015

Semester Baru Azam Baru !

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum salam Dhuha. dah Dhuha ke belum nih ? kalu belum meh cepat cepat, masih sempat lagi nih. jom jom ! kan Allah dah janjikan murah rezeki seseorang dengan solat sunat Dhuha. kalu belum terasa lagi nak buat tu, kena la belajar dan biasakan. sampai bila nak tunggu kalau takcuba. Ewahh panjang pulak :P

Pejam celik pejam celik dah besar dah asmawani ni. Dah masuk second semester. Baru second, relax ah che ! haha 
Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki, dipinjamkan umur yg panjang untuk teruskan perjuangan mencari ilmu Dia nih. Walaupun dengan result yang tak seberapa, tapi syukurlah itu rezeki untuk setakat ni. Mungkin Dia nak asmawani usaha lebih lagi. hihi <3

Semoga semester baru, azam pun kena upgrade sikit. Usaha pun kena lebih sikit. Eh bukan sikitlah, banyak ! hahaha Last but not least, kepada adik adik dan hakak hakak yg tengah tunggu result tu, Allah yuftah alaikum. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. nanti jgn lupa apply universiti  dan course yang sesuai. kotkot la nak masuk UMP. herherher 


Mintalah keberkatan dalam setiap ilmu yg diberi :)


InsyaAllah, tuntutlah ilmu Allah."'Sesungguhnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi".
Tajdid niat dalam setiap amalan. Think before you act ! Ingat Allah dulu sebelum buat sesuatu.
Semoga Allah redha. Chaiyokk !

Wassalam. 




Saturday, 24 January 2015

I'M COMING :)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum semua ^^long time no see mehh !
Alhamdulillah, lewat lewat malam cenggini Allah izinkan saya hapdate blog ni. Siyesly almost 6 months tak update pape sampai berhabuk naik sarang dah blog ni. hahaha oberrr ! How do you do? cecehh jetjet omputeh =P 

pejam celik. pejam celik dah nak masuk sem II. dah besar dahye.
 umur pun dah masuk angka 2+. haha so i need to perform well maybe better than semester I. insyaAllah doakan ^^

so sekarang ni tengah cuti sem kan, sedang ber'gumbira' di rumah and dalam proses men'chubby'kan diri. omputeh kate home sweet home gitu :P haha

okay okay malam ni saya nak share sikit pasai TIPS apa kena buat kat rumah time cecuti ni. mih bace taknak bace sudah . hehe


*Tolonglah mak ayah mama papa atuk nenek. jangan melengkor macam ''ular sawa'' je kat bilik. 
(erkkk terasanya kikiki)

 *Cari masa dan  hafal surah surah al-Quran. untuk permulaan, hafallah surah As Sajadah, al Mulk dan as Soff. kalau nak tambah lain pun ok. Alhamdulillah, semoga Allah redha dgn apa yg kita lakukan.
Allah Maha Penyayang :)

*Cari masa dan hafal HADIS. cari buku hadis 40 Imam Nawawi. Azam untuk hafal at least 5 hadis dalam cuti ni.

*Kalau sempat, kerja part time omputeh kate. hehe Cari duit untuk kegunaan sem sem depan nun. dah kalau tkde rezeki nak kerja, gunakanlah savings yg ada sebaik mungkin. takmo membazir joli ape sume tu. taknak taknak =D

*Cari 2,3 buku and BACA. atau dengan kate lainnya MEMBACA haha . Tak kisahlah buku apa pun. emm kalau saya prefer buku akademik la. no novel cintan cintun ehehh. timbulkan semangat membaca. Umat yang hebat adalah umat yang membaca. 

* Last but not least singgahlah blog blog yang banyak manfaatnya such as www.indahnyaberbicara.blogspot.comwww.qalamdamai.blogspot.comwww.langitilahi.blogspot.com and jomfikirbersama.blogspot.com . Eh? hahaha terpromote pulak :")

Okay tu je dulu untuk malam ni. insyaAllah samesame praktikkan and ni pun salah satu teguran and penyuntik semangat buat diri ni yg taktau nak buat apa cuticuti ni. Hikk

Semoga bermanfaat untuk entry kali ni. Timekasih kepada yg sudi menjenguk <3
Salam'alayk :)