Wednesday, 16 July 2014

INGAT ALLAH !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Assalamu'alaikum dan selamat pagi. Allah! Alhamdulillah, masih ada lg peluang utk merasakan udara segar yg dianugerahkan utk kita sume. Dahla free! Cuba imagine andai satu sedut udara tu kena bayar. Allah! takmampu rasanya.. tapi Allah masih sayangkan umat-Nya dan takkan menzalimi umat-Nya macam tu skali,  sebab Dia tauu kita sume takmampu. Kan? tapi sbg hamba, kita memang layak utk diuji.(amboii,intro dah panjang lebaq!)


Kredit


Dah dah!jom fikir bersama tentang tajuk kita harini. (kita ke? saya je haha) Ingat ALLAH?? Gano tu?hehe atau bahase kolumponye, macamana tu?

Allah sering berpesan kepada kita agar sentiasa mengingati-Nya kerana ia sumber kekuatan seorang Muslim. Allah! Beruntungnya orang Muslim, bukan? Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Penah tak dengar kata-kata ni ?
''Dan ingatlah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengingatimu''

SubhanAllah! Allah tidak penah membiarkan kita dalam kesusahan, sebab setiap apa yang diatur ada solusi dan hikmahnya . Usaha! Ya, usaha :)

Minda kita dibekalkan dengan kehebatan. Andai ia diprogramkan untuk ingat perkara yang positif, tubuh akan bertindak selari dengan kehendak akal. Sebaliknya andai minda dikawal dengan perkara buruk dan memeritkan, tubuh akan resah dan tidak tenang. Betul takk?

Allahu Allah! Untungnya dilahirkan sebagai Muslim, kerana Allah sentiasa berpesan agar sentiasa mengingatinya. Jika ini berlaku, manusia akan memiliki minda yang fokus dan terurus, Sebab itulah Allah berpesan agar ngat kepadaNya. Rupa-rupanya Allah mengajar kita mengawal minda dengan selalu ingat kepadaNya.

Kredit. Jom fikir bersama!

Begitulah jugakk kita mendidik diri kita bila melakukan sesuatu perkara yang sukar agar menumpukan minda dengan mengingati kedua ibubapa yang selama ini banyak berkorban harta, masa dan tenaga. Hasilnya kita akan lebih bersemangat dan sanggup meredah segala kesukaran yang mendatang biarpun terasa payah. 

Maha Suci Allah yang membekalkan kita dengan kekuatan minda agar kita sentiasa berasa dekat dengan-Nya. Melalui ingatan inilah insan Muslim mendapat sumber tenaga yang luar biasa.( Betul, hanya dengan ingat kepada Allah, hati akan tenang. Alhamdulillah )

Cuba renung dan fikir bersama. Contoh:
Kita akan rasa seronok dan bahagia andai ada insan yang ingat kepada kita dan membalas ingatan kita. Bagaimanakah perasaan kita insan yang lemah dan tak berdaya apabila mengingati Allah pencipta Yang Maha Agung. Dan Dia menbalas ingatan kita terhadap-Nya. Tidak seronokkah kita apabila terfikir semua ini? Allah! :)

Maha Suci Allah yang mengingatkan kita agar mencari kekuatan daripada-Nya dan bukan dari sumber yang rapuh. Ingatan itu ialah ingatn cinta yang mengikat cinta dan kerinduan. Andai cinta itu terpateri, walau apa jua keresahan dan kepayahan yang mendatang, berbaliklah kita kepada Allah. (ingatan untuk saya yang selalu silap)
Jiwa yang lahir ialah jiwa yang luhur dan jujur. Peribadi yang terbentuk ialah peribadi unggul yang hannya mengingati Allah sebagai Tuhannya Yang Esa ! 

Wallahua'lam wassalam:)
Tawakkaltu 'alallah

No comments:

Post a Comment