Monday, 21 July 2014

CALON NERAKA !

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahuakbar! Lamanya tinggalkan blog ni(baru beberapa hari kot.hahaha) Alhamdulillah, semuanya selamat.Perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang jugakk selamat, tapi ujian Allah berikan untuk satu family ni dengan satu kejadian yang telah ditakdirkan. Rumah mereka terbakar. Allah!! sedih, doa hanya mampu dipanjatkan agar tabah dengan ujian Yang Esa :)

One more thing, hehe syukur Ya Allah, Engkau kumpulkan keluargaku utk bebuka dan besahur besama di rumah my sistaa yg chubby ! Hihi bukan senang nak bekumpul reramaii ni although ada la jugak ahli yang takcukup.keke :P semoga Ramadhan hadapan bejumpa lagi dan Syawal yang akan tiba masih memberi kita peluang untuk besama. Ameenn~~ sweet memory (maaf takdapat nk selitkan gmbr besama sbb keadaan tak mengizinkan hehe)

Ewahhhhewahh panjang pulak intro! haha.Okay! apa ye tajuk harini?? hemmmm, Calon Neraka?Siapakah gerangannya???
Sini saya share memandangkan saya terbaca dlm satu majalah niii.. Semoga kita semua dilindungi dengan rahmat-Nya :'')

Rasulullah s.a.w bersabda: ''Tiga manusia pertama yang akan dibenamkan ke dalam neraka; pemimpin kaya yang menyeleweng, si kaya yang tidak membayar hak Allah dalam hartanya, dan si fakir yang sombong.'' (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Ameen!

PEMIMPIN YANG MENYELEWENG

Terdapat tiga golongan pemimpin yang menyeleweng:
  • Pemimpin yang diamanahkan menjaga rakyatnya.
Agama rakyatnya ditentukan oleh agama pemimpinnya. Jika benar agama pemimpin, maka benarlah agama rakyatnya.
  • Pemimpin yang diamanahkan mengurus tadbir harta.
Andainya pemimpin tersebut tak menguruskan harta dengan baik, maka merekalah yang akan menjadi calon terawal ke neraka Allah. Allahu!
  • Apabila diberi amanah untuk membuat keputusan.
Segala keputusannya akan dipersoalkan oleh Allah. Jadi wajib segala keputusannya berpandukan al-Quran, hadis, pandangan ijmak ulama, dan qias.


SI KAYA  YANG TIDAK BERZAKAT

Ketahuilah sahabat bahawa dalam rezeki kita jugakk terkandung rezeki saudara-saudara kita yang lain. Kita hanya tempat yang Allah pilih untuk kita sampaikan rezeki tersebut kpd mereka (ibubapa,jiran, masyarakat sekeliling), mereka inilah tempat kita mendapatkan 'kunci' syurga.
Dua cara yang dapat kita lakukan untuk membersihkan harta:
  1. SALURAN WAJIB -> zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat ternakan, zakat tanaman.
  2. SALURAN SUNAT -> sedekah, waqaf, hadiah dan bantuan.

SI FAKIR YANG SOMBONG

Banyak ragam orang yang sombong dengan manusia bahkan dengan Allah s.w.t jugakk. Allahu!( ingatlah kita hanya sementara didunia) :(
Antara ragamnya ialah:
  • Selalu mengeluh
  • Bekira-kira memberi bantuan
  • Tidak bersyukur bahkan mengeji dengan apa yang ada
  • Sanggup berhutang demi bergaya
  • Sering berdendam dengan nikmat yang ada pada orang lain
Allahuakbar! Semoga tak dicalonkan=)

Takmoo sombong-sombong yaa=)

Wallahua'lam wassalam! Sama-sama manfaatkan...



No comments:

Post a Comment