Monday, 21 July 2014

PRAY FOR FREEDOM ='')

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum=)
Alhamdulillah di kesempatan ni ingin saya ucapkan Salam Ramadhan. Masih belum telambat bukan?? hehe :) Allahu!! Cepatnya masa ni, pejam celik je dah tinggal bape hari je lagi Ramadhan. Sepuluh malam terakhir sudah:( Allah janjikan umat-Nya akan dijauhi dari azab api neraka. Mudah-mudahan:)
Semoga tahun depan bersua lagi ya Ramadhan. InsyaAllah !

Sejak dua menjak ni, hehe macam-macam belaku kan.Allah Maha Berkuasa !Takdir Allah telah ditetapkan apa dan bila belakunya sesuatu pekara tu. Allah jua Yang Maha Mengetahui !! 

Seperti kita semua tauu, 5 bulan lepas negara kita digemparkan dengan kehilangan sebuah pesawat iaitu MH370 dari syarikat MAS. Then Allah takdirkan dengan peperangan besar yang belaku di negara saudara Islam kita di Palestin.Begitu jugakk yang belaku di Sabah.Peperangan!! Allah . Lepastuu satu lagi ujian Allah hantar untuk menegur salah silap kita mungkin. Kehilangan sebuah pesawat jugakk iaitu MH17 (4 hari sudah).
 Allah Allah Allah !! Satu pesatu ujian dan cubaan dari Yang Maha Perkasa. Apa yang mampu, hanya doa yang mengiringi dan dipinta.
''Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.''
''Hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan dan perlindungan.''

 Sungguh!! Saya takut dengan kegawatan yang belaku sekarang. Rasa sudah tidak seaman dulu. Sekarang macam-macam belaku. Pelbagai pihak yang cuba untuk ceroboh masuk negara Malaysia ini dengan melakukan macam-macam cara. Allah! Saya sendiri akur saya tidak sekuat saudara-saudara kita di Palestin sana. Mereka bejuang habis-habisan untuk menyelamatkan maruah negara dan Masjid al-Aqsa. Anak-anak kecil dan kaum wanita yang tak takut mati jugakk sanggup membantu demi mengejar syahid Allah. Allahurabbi! Mengapa diriku lemah dan takut untuk menegakkan kebenaran! :'(

Ketahuilah sesuatu yang berlaku disertakan dengan hikmah=)

hemmm~~ rase entry kali ini agak kosong . Semoga beroleh manfaat! Sama-sama kita doakan keamanan dan kebebasan agar Allah turunkan. Semoga taufik dan hidayah Allah berikan. Menangkanlah ke atas kami !!


#PrayForMH17#PrayForMH370#PrayForGaza
p/s: Semoga keluarga mangsa terus tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Biarlah Allah yang menghukum kerana Dia Maha Berkuasa. Pray for freedom !

Wallahua'lam wassalam.

No comments:

Post a Comment