Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamu'alaikum and Hye :)
MasyaAllah, banyak sawang, berhabuk ! lame tk vacuum ini blog . hayya dah lupe pun ada blog sendiri. hahaha
almost a years jugak tk update any entry. MasyaAllah, orang lain pun busy jugak. tapi agak la. spend time jugak dengan blog tersayang. tapi aku kelaut. dah bergerutu berjerawat berparut blog ni ! haha
btw apa habaq? eipp any readers come to see mine ah? hahaha syok sendiri.
Wallahi, syukran 'ala kulli hal. sebab ingatkan readers, iolss sado kan diri update something berguna so that hati kita terisi dengan sedikit iman. walau sedikit, tapi berguna. lama-lama jadi bukit. gittew !
Rasulullah ditanya oleh sahabat baginda, ''Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah?"
Lalu baginda menjawab, ''Amalan yang dikerjakan walaupun sedikit, tetapi berterusan.'' (ISTIQAMAH)
:) let's proceed ! Bismillah ^^
Sebenarnya, dalam cuti sem yg agak panjang haritu, aku sempat habiskan satu buku. buku yg sangat menghidupkan dan penuh dengan kemuliaan. tentang seorang anak muda, yang kematiannya menghidupkan jiwa anak muda dan remaja ! SubhanaAllah. Sungguh beruntung beliau dan kedua ibubapanya kerana dikurniakan seorang anak yang jalannya dan impiannya hanya mengejar redha Allah.
Dialah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam.
''Saya akan tinggal di Turki dan tidak akan pulang sehingga saya menghabiskan pengajian PhD saya di sana. Saya tidak akan berkahwin selagi pengajian saya belum selesai.'' gurauan Ahmad Ahmad bersama salah seorang rakannya semasa belajar di Turki.
Benarlah! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah mengambil beliau ketika generasi muda dalam keadaan yang agak tenat. Agak jarang pemuda dan pemudi yang berlandaskan syariat Allah dan Rasul.
Astaghfirullah ! terasa diri aku kerdil. hina ! sebab aku tidak punya apa-apa. Selama hidup 21 tahun di dunia ini, apa sumbangan yang aku lakukan untuk agama, ummah, negara bahkan diri sendiri. Allahuakbar! >.<
Sedangkan beliau di ketika umurnya 21 tahun, Allah telah mengambilnya kembali. kerana takdir , bahawa gugurnya sehelai daun di Luh Mahfuz yang tertulisnya nama beliau. Namun pemergiannya indah, cukup indah. Husnul Khatimah ! Husnul Khatimah menjadi milikmu. Syahid telah engkau capai ! SubhanAllah.
Kerana semasa hayatnya, beliau sangat disenangi. amat berdisiplin, menyenangkan hati semua orang. Terutamanya kedua ibubapa beliau. Seorang anak yang taat, seorang pelajar yang tawadhuk dan gigih.
''Allah tidak akan menerima amalan-amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan. Kerana itu, mereka yang benar-benar beriman kepada-Nya melakukan amalan menurut apa yang diredhai-Nya. Mereka tahu bahawa amalan yang dilakukan walaupu sebesar zarah yang dilakukan kerana Allah adalah lebih diutamakan berbanding dengan ribuan amalan yang dilakukan tanpa keikhlasan.'' (IKHLAS)
HIDUP BERPAKSIKAN AKHIRAT !
Ibu bapa Allahyarham mengatur dengan baik perjalanan hidupnya. Walaupun semasa pengajiannya di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan Sains dan langsung tiada kene mengena dengan Sastera dan Sejarah. Namun, beliau turuti sahaja pilihan kedua ibubanya. iaitu menyambung pengajian dalam bidang sejarah. Yaa, Sejarah Turki. Negara yang penting untuk Dunia Islam kerana ia berada di antara dua benua.
Ahmah Ammar turuti sahaja, kerana beliau adalah untuk ummat, bukan untuk diri sendiri. Beliau dilatih dan dididik bersifat ummatik. SunhanAllah, tidak mustahil syahid milikmu. :)
''Ammar memilih untuk berjuang dan berpenat di dunia, dan berehat di akhirat.''
al-Fatihah.
Alhamdulillah, 'ala kulli hal. sampai sini dulu perkongsian . semoga beroleh manfaat, dan semoga kita juga beroleh Husnul Khatimah. aamiin~~
eh tidur dulu lah. udah malam. hihi esok sebenanye ada amanat NC kat UMP Gambang. tp iolss tktidur lagi. esok main sengguk-sengguk la ni. setuju je dengan amanat beliau. hihi
asifah jiddan 'alla kulli hal. lailan saed ^^
assalamu'alaikum :)

No comments:
Post a Comment